
LOGO UMK
Logo Universiti Malaysia Kelantan (UMK) simbolik kepada penekanan kepada huruf "U","M" dan "K". Rekabentuknya melambangkan unsur dan sifat universiti yang terbuka dan merentasi zaman. Manakala bentuk hour glass pula menggambarkan tiada had untuk tempoh masa dalam proses pembelajaran iaitu penggalakan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Ia juga melambangkan unsur kromosom yang aktif dan dinamik serta kejadian alam (a part of nature) |
Proses ini disokong dengan lambang dua tangan yang memohon restu dan keredhaan serta sentiasa bersyukur. Gambaran imej kromosom melambangkan sifat aktif dan dinamik semasa berinteraksi dengan persekitaran universiti. Pemilihan warna "biru" adalah untuk Malaysia, "merah" untuk Kelantan dan "jingga" warna semulajadi buah pinang masak yang merujuk kepada warisan. |
Logo ini didokong oleh falsafah UMK yang memberi penekanan kepada enam (6) aspek utama iaitu :- |
|
![]() |
DEWAN TERBUKA UMK- Pengkalan Chepa |
Penubuhan Universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di UMK berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu frasa rangsangan seperti “Entrepreneurship is Our Thrust” (Keusahawanan Teras Kami) dan “Entrepreneurial University”(Universiti Keusahawanan) digunakan dengan meluas. Pengkhususan pengajian untuk pembangunan jangka masa pendek dan sederhana dikelompokkan kepada tiga bidang pengajian iaitu :
|
2.Teknologi Kreatif dan Warisan; serta
3.Agro-industri dan Sains Sumber Asli
Universiti Malaysia Kelantan, Locked Bag 36, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan
Tel : +609 - 7717000 | Fax: +609 - 771 7022
Any Questions and Feedback About UMK Official Website, please contact the webmaster [a] umk.edu.my
|